Wajib Ke Vaksin Tdap Untuk Ibu Hamil?

Dr Nor’Afifah Musa

Klinik Ajwa Seksyen 15

Hi semua, saya Dr Afifah akan membincangkan topic vaksin Tdap (Tetanus, Diphteria and Petusis combined vaccine) untuk wanita hamil.

Petusis atau batuk kokol merupakan penyakit berjangkit daripada kuman Bortenella Pertusis . Ia menyebabkan masalah penafasan kepada pesakit yang menghidapinya.

Antara komplikasi penyakit batuk kokol adalah ia boleh menyebabkan penafasan berhenti secara tiba-tiba (apnea), jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), kesukaran untuk makan disebabkan batuk yang teruk, sawan (seizures) dan ia juga boleh membawa maut.

Kajian menunjukkan batuk kokol paling berisiko untuk kanak –kanak berusia 3 bulan ke bawah dan kanak- kanak yang tidak menerima vaksinasi wajib mengikut usia1. Kanak-kanak yang baru lahir hanya boleh diberikan vaksin batuk kokol (DTaP) pada usia 2 bulan ke atas, menyebabkan mereka terdedah kepada risiko jangkitan daripada ahli keluarga dan penjaga. Oleh sebab itu, langkah pencegahan dengan memvaksinasi vaksin batuk kokol (Tdap) pada wanita hamil diperkenalkan bagi melindungi golongan berisiko tinggi ini.

Langkah memvaksin wanita hamil ini membolehkan bayi menerima imunisasi (Ig G) terhadap batuk kokol secara pasif  (passive immunity) daripada ibu mereka (transplacenta) sebelum mereka boleh menerima vaksin in pada usia 2 bulan.

Jadual vaksinasi kebangsaan untuk kanak-kanak.

Vaksin Tdap mengandungi tetanus toxoid, diphteria toxoid dan acellular petusis .Wanita hamil memerlukan 1 suntikan sahaja. The American College of Obstetrician and Gynecologist(ACOG) menyarankan agar vaksinasi diberikan pada 27th hingga 36th minggu kehamilan2. Beberapa kajian menunjukkan pemberiaan vaksin ini seawal pada 13 minggu kehamilan memberikan tahap imunisasi yang lebih tinggi3 .

Terdapat 2 jenama vaksin ini yang boleh didapatkan di Malaysia : Adacel (Sanofi Pasteur) dan Boostrix (GSK)

Adacel (Sanofi Pasteur) dan Boostrix (GSK) 

Wanita yang hamil digalakan untuk mengambil vaksin ini untuk melindungi diri dan bayi. Sebarang petanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai perubatan anda. Terima kasih kerana sudi membaca.

Rujukan:

  1. Mansor J, Ismail H, Ismail N. Determinants of Pertussis among Young Children in Selangor, Malaysia. Sains Malaysiana. 2021 Feb 1;50(2):437-47.
  2. Zahn CM, Riley LE. Pregnant women should now receive the Tdap vaccine during every pregnancy as early in the 27–36-weeks-of-gestation window as possible to maximize antibody transfer to the fetus. Both ACOG and the Centers for Disease Control and Prevention (CDC) support this recommendation. As a trusted women’s health care provider, you are in a critical position to recommend and offer the Tdap vaccine to your pregnant patients during every pregnancy. This Committee Opinion also highlights recent safety and efficacy data ….
  3. Eberhardt CS, Blanchard-Rohner G, Lemaître B, Boukrid M, Combescure C, Othenin-Girard V, Chilin A, Petre J, de Tejada BM, Siegrist CA. Maternal immunization earlier in pregnancy maximizes antibody transfer and expected infant seropositivity against pertussis. Clinical Infectious Diseases. 2016 Apr 1;62(7):829-36.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.