Hotline : +603-5510 6258 admin@klinikajwa.com.my

Virus Covid-19 di negara kita semakin membimbangkan dan pihak kerajaan masih berusaha untuk mengatasi wabak ini. Bukan sahaja pihak kerajaan yang bertanggungjawab untuk meleraikan atau memutuskan wabak covid-19 ini, malah kita sendiri rakyat Malaysia perlu bergnading bahu untuk mencegah penularan wabak ini. Oleh yang demikian, Klinik Ajwa Seksyen 7 berusaha membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan Swab Test atau Ujian Covid-19 secara pandu lalu.

Hal ini merupakan satu inisiatif daripada pihak kami untuk membantu mengurangkan beban KKM. Ujian Covid-19 ini dijalankan mengikuti prosedur yang disarankan oleh pihak KKM dimana kami amat terperinci untuk memastikan keadaan pelanggan ketika menjalan ujian ini tiada sebarang masalah. Ujian covid-19 secara pandu lalu ini hanya diterima melalui booking appointment atau temujanji sahaja. Keputusan Ujian boleh didapata diatanta 1-3 hari atau teru secara 24 jam.

Sekiranya ada yang ingin menempah slot temujanji untuk melakukan ujian covid-19, anda boleh melihat segala detail di posting Facebook dan Instagram kami atau terus menghubungi kami. Bersama kita berusaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini.