Hotline : +603-5510 6258

Ultrasound

Pakej Ultrasound

Growth Scan 2D (5-40 minggu)

✔ Gambar dan report biasa.

✔ Melihat perkembangan bayi (saiz, berat, jumlah air ketuban dan kedudukan uri).

✔ RM48 – RM60/sesi tidak termasuk konsultasi.

Detail Scan 2D (18-24 minggu)

✔ Report penuh bersama gambar hitam putih.

✔ Scan khas yang dilakukan untuk melihat perkembangan bayi serta pembentukan organ-organ bayi, jumlah ketuban, jantina dan kedudukan uri. 

✔ Full report akan dihantar melalui email. 

✔ RM150/sesi.

*Waktu terbaik untuk scan adalah pada 20 minggu.

2D(Growth Scan) + 3D4D5D (28-36 minggu)

✔ Report biasa

✔ Gambar hitam putih dan berwarna 1 keping.

✔ Scan 2D hitam putih untuk melihat perkembangan bayi (saiz, berat, jumlah air ketuban dan kedudukan uri) serta scan 3D4D5D untuk melihat wajah bayi dalam kandungan.

✔ Full report akan dihantar melalui email. 

✔ RM130/sesi.

COMBO SCAN

2D (Detail Scan)+ 3D4D5D (24-27 minggu)

✔ Gabungan detail scan 2D hitam putih untuk melihat perkembangan bayi serta pembetukan organ bayi (seperti otak,jantung,usus, dan lain-lain) dengan scan 3D4D5D untuk melihat wajah bayi.

✔ Full report akan dihantar melalui email. 

✔ Full report beserta gambar hitam putih.

✔ Gambar berwarna 1 keping.

✔ RM198/sesi.

KUB Scan

Scan yang dilakukan untuk melihat buah pinggang dan pundi kencing termasuk kelenjar prostate(untuk lelaki).

Masalah buah pinggang seperti batu karang atau kelenjar prostate bengkak boleh dikesan melalui scan ini.

Anda perlu menahan kencing 30minit sebelum scan dilakukan.

Harga: RM90

Abdomen Scan

Scan yang dilakukan untuk melihat organ dalaman seperti hati, buah pinggang, pundi hempedu, pancreas, dan limfa.

Masalah hati, atau batu di pundi hempedu dan di buah pinggang boleh dikesan melalui scan ini.

Anda perlu berpuasa (air masak sahaja dibenarkan) selama 8jam sebelum scan dilakukan.

Harga: RM120

Gynae Scan

Scan yang dilakukan untuk melihat organ peranakan wanita seperti rahim, ovari (kilang telur) dan serviks.

Fibroid atau cyst yang menyebabkan kitaran haid terganggu boleh dikesan melalui scan ini.

Anda perlu minum dua gelas air dan tahan kencing 30minit sebelum scan dilakukan.

Harga: RM80-90

Breast Scan

Scan yang dilakukan pada bahagian payudara jika terdapat ketulan atau perubahan pada payudara.

Ketulan akan diperiksa untuk mengetahui saiz dan jenis sama ada padat(solid) atau cecair(cyst).

Digalakkan untuk memakai kemeja atau tshirt untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan.

Harga: RM90

Thyroid Scan

Scan yang dilakukan pada bahagian leher untuk melihat kelenjar thyroid.

Masalah kelenjar thyroid seperti bengkak atau goitre boleh dikesan melalui scan ini.

Harga: RM80