ANTENATAL INFORMATION
Soalan yang sering ditanya
1. Bilakah boleh mula buat rutin Antenatal Check up?
Jika tiada masalah : 10-12 week kandungan, tapi jika berlaku perdarahan dan sebagainya boleh datang awal untuk pemeriksaan.
2. Apa prosedur yang dilakukan?
Doktor akan menjalankan Ultrasound untuk Dating Scan, pemeriksaan darah untuk blood group dan penyakit berjangkit seperti Hep B, syphilis dan lain-lain.
3. Berapakah harga pemeriksaan?
Bergantung kepada ujian yang dilakukan. Pemeriksaan Darah – RM60-120, Ultrasound – RM48-52, Consultation fees – RM22.
4. Folic Acid : Adakah perlu?
Sangat disarankan untuk diambil bagi mengelakkan masalah perkembangan sistem saraf terutama semasa proses organogenesis (pembentukan organ badan bayi) iaitu semasa usia 3 bulan kandungan yang pertama sahaja kerana terdapat kaitan masalah anemcephaly dengan kekurangan folic acid.
5. Jadual Antental Check up di Klinik Ajwa.
Boleh walk-in pada bila-bila masa pada waktu berikut.
Isnin – Jumaat : 8.00 am-10.00 am (tutup pendaftaran 9.15 pm)
Sabtu & Ahad : 8.00 am – 3.00 pm
Isnin – Jumaat : 8.00 am-10.00 am (tutup pendaftaran 9.15 pm)
Sabtu & Ahad : 8.00 am – 3.00 pm
6. Jadual doktor yang bertugas.
Semua pemeriksaan antenatal akan dilakukan oleh doktor perempuan sahaja. Bilik pemeriksaan khas untuk ibu hamil di tingkat atas.
7. Dating Scan.
Ramai ibu yang datang ke klinik untuk scan sebaik sahaja mengetahui mereka mengandung. Sebenarnya waktu ini adalah terlalu awal untuk lakukan scan serta sukar untuk melihat gestational sac/kantung.
Ibu yang scan ketika 1 – 2 minggu lewat period (5 – 6 week) mereka boleh melihat gestation sac atau kantung sahaja, manakala usia kandungan 7 minggu barulah boleh melihat degupan jantung bayi anda.
8. Bilakah waktu paling sesuai untuk lakukan Ultrasound?
10-14 minggu adalah waktu yang paling sesuai serta lebih accurate untuk menentukan tarikh edd sekiranya kita terlupa atau tiada tarikh LMP (hari pertama haid yang terakhir) terutama bagi yang tidak mempunyai kitar haid yang normal.
9. Berapa lamakah tempoh sesi Ultrasound?
Tempoh Ultrasound scan adalah antara 5 minit hingga 1 jam bergantung kepada jenis scan yang dilakukan.
Selain itu, 10-14 minggu juga sesuai untuk mengesan ibu yg berisiko tinggi utk fetal aneuploidy seperti trisomies 21 and 18 dan juga fetal open neural tube defects (ONTDs) terutama bagi ibu yang berumur 40 tahun dan ke atas.
10. Bersalin di mana?
Anda yang memilih sendiri untuk bersalin di hospital mana. Klinik Ajwa tiada menyediakan tempat kelahiran bayi.
11. Bilakah perlu refer ke hospital?
Ibu perlu dirujuk ke hospital sekiranya mempunyai sebarang masalah semasa hamil seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Namun anda masih boleh meneruskan rutin check up di klinik. Tetapi sekiranya ibu tiada masalah, rujukan untuk booking di hospital akan dibuat sekitar 30 minggu ke atas.