Seram. Tapi Selamat & Berkesan Kaedah IUCD

Dr Aniza

Klinik Ajwa Seksyen 7

Assalamualaikum, sihat semua? Pembacaan ini khas untuk wanita diluar sana yang kurang berkeyakinan untuk memakai IUCD. Sebut saja IUCD, mesti ramai wanita yang mula rasa seram dan ngilu. IUCD atau secara amnya adalah Intrauterine Contraceptive Device juga dikenali sebagai alat dalam rahim.

Ia merupakan salah satu kaedah mencegah kehamilan jangka masa panjang yang berkesan dan mengurangkan insiden ‘unintended pregnancy’ terutamanya di kalangan wanita yang berisiko. Secara gambaran, ia di perbuat dari rod plastik yang mempunyai benang di hujung dan dimasukkan ke dalam rahim wanita melalui faraj.

Terdapat 2 jenis IUCD di Malaysia :

  • Non hormonal (copper/kuprum)
    • Menghalang pergerakan sperma
    • Mengurangkan viability sperma dan ovum
    • Mekanisme: Lapisan dalam rahim akan mengalami keradangan dan ia menyebabkan telur yang disenyawakan tidak boleh melekat pada endometrium
    • Contoh : emultiload Cu 250, Cu 375, Cu 380

 

  • Hormonal (Levonorgestrel-LNg)
    • Jauh lebih berkesan berbanding non-hormonal iucd
    • Mekanisme: Menghalang endometrium menebal, ia menyebabkan telur yang dah bersenyawa tidak sesuai untuk menempel
    • Contoh : Mirena

Untuk pemasangan, doktor akan mempertimbangkan dulu jika IUCD sesuai dengan keadaan anda. IUCD boleh dipasang bila-bila masa dengan syarat anda tidak hamil.

Prosedur Memasukkan IUCD: 

  1. Ujian air kencing perlu dilakukan untuk memastikan tiada tanda-tanda kehamilan.
  2. Doktor akan membuat pemeriksaan pelvic sama seperti kaedah yang dilakukan semasa Pap Smear.
  3. Cecair antiseptic akan diberikan untuk membersih kawasan vagina bagi mengelak sebarang jangkitan.
  4. Spektum akan dimasukkan untuk membuka dinding faraj bagi memeriksa faraj, serviks, rahim dan ovari—terutama kedudukan rahim.
  5. Doktor akan mengukur panjang dari serviks ke rahim.
  6. IUCD dimasukkan melalui serviks ke dalam rahim mengikut kedalaman yang diukur.
  7. Benang IUCD akan dipotong di bahagian bawah supaya hanya 1-2 inci dibiarkan tergantung di saluran faraj.

Prosedur pemasangan IUCD boleh menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan sementara (bergantung kepada individu). Ia juga normal jika berlaku pendarahan seketika itu. Prosedur ini berlaku kira-kira 5 minit – 30 minit dan boleh dilakukan tanpa anestesia. Selepas pemasangan, berehat dahulu sebelum bersedia untuk pergi.

Kesan sampingan IUCD boleh menyebabkan pendarahan luar biasa semasa haid samada haid lebih banyak, spotting atau tiada haid. Discaj dari vagina kemungkinan bertambah dari biasa.

IUCD dikatakan sangat berkesan kerana kurang dari 1 kehamilan per 100 wanita pada tahun pertama penggunaannya (0.8 %). Tetapi keberkesanan bergantung pula pada jenis IUCD yang dimasukkan. IUCD jenis copper berkesan selama 3 hingga 10 tahun bergantung kepada kandungan kuprum. Di Klinik Ajwa, kami menggunakan jenama Monalisa multiload Cu 375 yang berkesan selama 5 tahun manakala LNg-IUCD berkesan untuk 5 tahun.

Ramai wanita memilih kaedah IUCD kerana lebih jimat kos, tidak perlu kerap ke klinik untuk rawatan susulan dan tidak menganggu keselesaan semasa hubungan intim. Tahap kesuburan akan kembali pada asal sebaik sahaja IUCD(Copper) dikeluarkan. Ia juga bagus untuk melindungi dari kanser endometrium. Anda disarankan untuk berjumpa doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat tentang pemilihan kaedah IUCD.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.