Pemeriksaan kesihatan berkala kanak-kanak adalah satu pemeriksaan yang penting dalam memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat untuk mereka. Pemeriksaan ini biasanya dilakukan secara rutin, mengikut jadual yang disyorkan oleh pihak kesihatan. Ia bertujuan untuk memantau keadaan fizikal, mental, dan emosi kanak-kanak. Salah satunya untuk mengenal pasti sebarang masalah kesihatan di peringkat awal.
Di klinik, prosedur untuk pemeriksaan kesihatan berkala kanak-kanak biasanya dilakukan dengan langkah-langkah yang teratur. Berikut adalah prosedur umum yang dijalankan di klinik :
- Doktor akan mengambil bacaan vital anak seperti suhu badan, kadar nadi, tekanan darah (jika perlu), serta berat badan dan tinggi badan untuk memantau pertumbuhannya.
- Doktor akan memeriksa jika anak telah menerima vaksinasi yang diperlukan mengikut jadual. Jika ada vaksinasi yang tertinggal, doktor akan memberi suntikan vaksin mengikut keperluan.
- Saringan awal dilakukan untuk melihat sebarang tanda-tanda masalah kesihatan seperti masalah penglihatan, pendengaran, atau perkembangan fizikal juga akan dilakukan.
- Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa sistem tubuh seperti jantung, paru-paru, mata, telinga, kulit, serta perkembangan tulang dan otot.
- Sekiranya doktor mengesyaki ada masalah kesihatan tertentu, mereka mungkin akan meminta ujian darah, air kencing, atau ujian lain untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan kesihatan anak.
- Doktor akan menilai perkembangan kanak-kanak dari segi kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran bercakap, serta tingkah laku sosial. Ini membantu memastikan anak berkembang mengikut usia mereka.
- Jika perlu, doktor juga akan menilai keadaan psikologi dan emosi kanak-kanak, terutamanya jika ada tanda-tanda masalah tingkah laku atau kecemasan.
Prosedur pemeriksaan kesihatan berkala di klinik memastikan bahawa setiap kanak-kanak mendapat perhatian yang sewajarnya, dengan tujuan menjaga kesihatan mereka. Ini membantu memastikan mereka membesar dengan sihat dan sejahtera.