MGTT Wajib Ke Untuk Ibu Hamil?

Dr Faznita Fadzil

Klinik Ajwa Seksyen 15

Secara ringkasnya, MGTT adalah singkatan nama untuk Modified Glucose Tolerance Test. Ia lebih popular dengan prosedur “minum air gula”. Ia dilakukan untuk mengesan sama ada ibu menghidap Gestational Diabetes Mellitusi atau penyakit kencing manis semasa mengandung. Jika dikesan lebih awal, ia dapat membantu doktor untuk memberi rawatan sewajarnya bagi mengelakkan komplikasi ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.

Bacaan normal untuk MGTT adalah kurang 5.1 mmol/l untuk bacaan puasa, dan kurang 7.8 mmol/l untuk bacaan 2 jam selepas minum air gula.

PROSEDUR MGTT

  • Puasa selama 8 hingga 12 jam. Kebiasaannya bermula puasa dari pukul 10 malam hari sebelumnya. Hanya dibenarkan minum air kosong
  • Sampel darah puasa akan diambil
  • Minum 250 ml air yang mempunyai larutan 75gram glukos dalam masa 5 minit
  • Berehat dan hanya dibenarkan minum air kosong dalam masa 2 jam
  • Sampel darah akan diambil kali kedua untuk bacaan 2 jam selepas minum air gula

 

Ujian MGTT kini wajib dibuat oleh ibu hamil yang mempunyai kategori berikut :

  • Ibu hamil yang berumur 25 tahun dan ke atas, dan tiada faktor risiko GDM yang lain, akan menjalani ujian MGTT pertama semasa usia kandungan di antara 24 ke 28 minggu.
  • Ibu hamil yang mempunyai salah satu dari faktor-faktor risiko GDM di bawah, akan menjalani ujian MGTT semasa ‘booking’ (buka buku pink) atau tarikh lain yang lebih awal supaya dapat mengesan penyakit kencing manis seawal mungkin.
    • BMI (body mass index) lebih 27 kg/m²
    • Mempunyai sejarah GDM semasa mengandung kandungan yang lalu
    • Mempunyai sejarah melahirkan bayi berat lebih 4 kg semasa lahir
    • Mempunyai ahli keluarga terdekat (1st degree relatives) yang menghidap penyakit kencing manis
    • Mempunyai sejarah bayi meninggal dalam rahim tanpa mengetahui punca kematian. Pernah melahirkan bayi yang cacat seperti “neural tube defects”
    • Terdapat gula 2+ dalam ujian air kencing untuk 2 kali lawatan
    • Mempunyai penyakit darah tinggi atau air ketuban yang banyak

Jika bacaan ujian MGTT yang pertama adalah normal, ujian MGTT yang kedua akan diulang semasa kandungan mencecah antara 24 ke 28 minggu. Selepas bersalin, ibu yang menghidap GDM perlu menjalani ujian MGTT semula, 6 minggu selepas melahirkan anak. Ini adalah untuk mengenalpasti sama ada ibu tersebut masih mempunyai penyakit kencing manis atau tidak selepas proses kelahiran. Jika keputusan ujian MGTT 6 minggu selepas bersalin adalah normal, ujian darah secara berkala atau tahunan perlu dilakukan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tiada alasan lagi untuk tidak buat ujian MGTT sebab sekarang di Klinik Ajwa ada air gula berperisa blackcurrant. Untuk prosedur ini, boleh buat appointment atau walk-in sahaja di klinik kami yang berdekatan dengan anda.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.