MAKLUMAT KHATAN
(KHATAN LELAKI)
Soalan yang sering ditanya
1. Apakah jenis prosedur khatan yang sering dilakukan?
Kaedah yang digunakan adalah secara Laser / Cautery
Apa itu kaedah secara Laser?
Laser adalah satu kaedah ‘Conventional’.
Dr akan memberikan bius di pangkal kemaluan dan proses khatan akan dilakukan dengan menggunakan Cautery/Laser (iaitu filamen panas digunakan untuk memotong foreskin).
Kemudian, doktor akan jahit bagi mencantumkan kulit yang sudah dipotong. Ada doktor yang menggunakan gam khusus (Gluestich) untuk mencantum kan kulit tersebut.
Bagaimana dengan kaedah “Clamp’ ?
Clamp adalah kaedah moden iaitu memotong kulit menggunakan alat clamp. Terdapat pelbagai nama dan kaedah clamp yang ada di pasaran.
2. Adakah perlu untuk datang review kepada doktor selepas khatan ?
Pihak klinik akan memberi tarikh temujanji untuk ibu bapa bawa anak datang ke klinik sekiranya ada sebarang masalah di tempat luka khatan.
3. Bilakah waktu paling sesuai khatan bayi dilakukan ?
Ketika bayi berumur 0-4 bulan. Iaitu bermula dari lahir sehingga usia 4 bulan.
Sekiranya khatan dilakukan selepas umur 4 bulan, bayi boleh mengalami risiko pendarahan. Maka tidak dinasihatkan pada umur melebihi 4 bulan.
4. Berapa lamakah tempoh sesi prosedur khatan dijalankan ?
Tempoh prosedur khatan dijalankan adalah bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh setiap pesakit. Kebiasaannya, proses khatan mengambil masa 10 hingga 15 minit jika tiada sebarang masalah seperti masalah pendarahan dan sebagainya.
Adakah bayi akan berasa sakit ?
Pada awalnya, bayi akan berasa sakit ketika doktor berikan ubat bius di daerah pangkal penis. Setelah ubat bius berfungsi, kebiasaannya bayi sudah tidak berasa sakit.
5. Kenapa bayi menangis ketika dikhatankan ?
Bayi menangis disebabkan rasa tidak selesa (terutama sewaktu doktor memegang gland penis), lapar atau boleh juga disebabkan bayi memang tidak suka dipegang.
Perkara paling utama ialah ibu bapa mestilah bersabar sewaktu proses khatan dilakukan.
6. Adakah ibu bapa dibenarkan untuk melihat prosedur khatan ?
Ya, dibenarkan sekiranya ibu bapa cukup berani dan dapat bersabar apabila mendengar bayi menangis.
7. Berapa lamakah masa yang diambil untuk luka khatan sembuh?
Sekitar 4 hingga 5 hari luka akan sembuh dan kebiasaannya benang jahitan akan terlepas sendiri dalam tempoh 1 minggu.
8. Apakah jenis ubat yang diberikan kepada pesakit?
Doktor akanberikan ubat tahan sakit (paracetamol syrup). Dos yang diberikan bergantung kepada berat badan bayi. Paracetamol boleh diberikan 2 hingga 3 hari bergantung kepada keselesaan/kesakitan yang dialami oleh bayi.
Ubat sapu antibiotik juga diberikan untuk disapukan di bahagian luka yang dijahit
9. Apakah cara cucian dan pemakaian lampin yang betul bagi bayi yang baru berkhatan?
Cuci dengan menggunakan botol spray yang diisi dengan air bersih (filtrate water) dan keringkan. Pastikan lampin pula dalam keadaan kering sebelum dipakaikan kepada bayi.
10. Apakah komplikasi yang sering terjadi selepas berkhatan dan apakah yang perlu dilakukan?
1. Pendarahan.
-Tekapkan di Kawasan yang berdarah dan lap dengan kain bersih selama 10-20 minit.
2. Terdapat lapisan kuning.
-Sembur dengan air bersih setiap 6 jam, tunggu sehingga lapisan itu lembut kemudian bersihkan.
3. Bengkak.
-Hanya berlaku dalam minggu pertama.
4. Infeksi/Jangkitan.
-Boleh datang dan berjumpa doktor semula.
5. Kulit di hujung penis Kembali menutupi gland penis.
-Kerap menolak kulit kebawah agar gland penis keluar sehingga luka kering.