Secara asasnya, kita perlu memahami bahawa khatan adalah bertujuan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Untuk ibu bapa yang sedang mencari kaedah khatan secara moden yang bersesuaian dengan anak, boleh teruskan pembacaan artikel ini. Khatan menggunakan teknologi laser dapat dikategorikan sebagai alternatif yang cekap dan selamat. Kaedah ini melibatkan satu alat yang dipanggil sebagai cautery. Alat ini khas menggantikan pisau atau gunting untuk memotong bahagian kulit yang diperlukan.
Prosedur berkhatan bermula dengan :
- Pemotongan kulit kulup dengan menggunakan cautery yang bersuhu tinggi.
- Hujung alat ini dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan kuasa eletrik.
- Potongan dibuat dengan cara membakar kulit sambil mematikan salur darah bagi mengelakkan pendarahan berlebihan.
- Selepas kulit itu dipotong, luka kemudiannya perlu dijahit dengan teliti agar tidak berdarah dan kemas.
- Bius setempat akan diberikan sebelum proses pemotongan bermula.
Proses ini hanya mengambil masa 20-30 minit untuk siap sepenuhnya tetapi bergantung pada situasi (jika tiada komplikasi semasa pembedahan e.g. pendarahan, pesakit tidak memberikan kerjasama dan sebagainya).
Kelebihan kaedah laser ini ialah dapat menghasilkan potongan dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan sewaktu proses pemotongan. Khatan laser akan meninggalkan kesan parut dan mungkin akan terdapat kesan jahitan. Kekemasan atau kecantikan parut selepas proses khatan bergantung kepada teknik dan kemahiran doktor tersebut semasa mengendalikan prose pemotongan kulit.
Jika teknik ‘freehand‘ digunakan, kemungkinan garis potongan kurang kemas dibandingkan dengan teknik ‘guilotine’ atau pancung dengan bahasa mudah. Teknik ini digunakan dengan bantuan alat ‘clamp’ atau penyepit bagi memudahkan proses pemotongan. Di Klinik Ajwa, kami menawarkan kaedah laser kerana mempunyai doktor yang berpengalaman melakukan prosedur ini dengan baik. Kaedah ini menjadi salah satu kaedah pilihan ibu bapa sekarang. Apapun pilihan anda, pastikan berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk konsultasi.