Jenis-Jenis Pil Perancang Kehamilan Yang Mommies Perlu Tahu

Dr Nor Shazana

Klinik Ajwa Seksyen 7

Jenis-jenis Pil Perancang Kehamilan Yang Mommies Perlu Tahu 

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu kaedah hormonal yang kerap digunakan. Hormon yang digunakan dalam pil perancang ialah hormon sama yang terlibat dalam sistem reproduktif wanita. Dua jenis hormon tersebut ialah hormon dari kumpulan estrogen dan kumpulan progesteron.

Terdapat dua kumpulan pil perancang kehamilan yang utama dalam pasaran.

1ST : Hormon kumpulan progesteron sahaja (POP).

2nd : Kombinasi kedua-dua hormon kumpulan estrogen dan progesteron (COC).

ESTROGEN + PROGESTERON ( COC ) 
Cara Pakai  Keberkesanan Kesan sampingan
– Mula mengambilnya pada hari Ahad pertama selepas haid. Biasa 91% – loya, muntah-muntah, sakit kepala
– Jika hari pertama haid jatuh pada hari Ahad, pil tersebut hendaklah diambil pada hari yang sama. 99% jika diambil dengan masa yang tetap dan sempurna – spotting atau berlaku pendarahan antara haid
– Penetapan satu hari yang khusus ini untuk memudahkan pengguna mengingati hari pertama setiap kitaran sekaligus mengelakkan pengguna tertinggal dos. – peningkatan berat badan
– 21 pill @ 28 pill – perubahan kepada payudara
– tekanan darah tinggi
– pembentukan gumpalan darah dalam salur darah di kaki dan paru-paru
PROGESTERON ( POP ) 
Cara Pakai  Keberkesanan Kesan sampingan
– Sama seperti COC Biasa 91% – loya, muntah-muntah, sakit kepala
– 28 pill 97% jika diambil dengan masa yang tetap dan sempurna – spotting atau berlaku pendarahan antara haid
– Boleh digunakan 24 jam selepas bersalin/keguguran – perubahan kepada payudara
– boleh digunakan pada wanita yang ada masalah berikut :

  1. Risiko darah beku
  2. Migrain
  3. Penyakit Jantung
  4. Menyusukan anak

Pil Kecemasan 

Levonorgestrel Ulipristal acetate 
– Berkesan dalam masa 72 jam atau 3 hari selepas seks yang tidak dilindungi. – Berkesan dalam masa 120 jam atau 5 hari selepas seks yang tidak dilindungi
– kurang berkesan untuk wanita yang beratnya melebihi 70kg. –  Bagi mereka yang mempunyai berat badan tidak melebihi  88.5kg
– dikumuhkan ke dalam susu ibu – dikumuhkan ke dalam susu ibu
– jarakkan penyusuan bayi sekurang-kurangnya 8 jam selepas pengambilannya – sepanjang tempoh 36 jam selepas pengambilan pill, susu badan perlu dipam keluar dan dibuang.
– Contoh: Escapelle , Postinor Contoh: Ella

Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang pil yang bersesuaian dengan anda.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.