Saringan Kesihatan Bakal Jemaah

Dr Aniza Abdullah

Klinik Ajwa Seksyen 7

Saringan kesihatan haji adalah satu proses yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas semua bakal jemaah haji yang ingin menunaikan ibadah haji. Langkah ini diambil untuk memastikan bahawa setiap bakal jemaah berada dalam keadaan kesihatan yang baik, supaya mereka dapat menjalani ibadah dengan lancar tanpa terdedah kepada risiko kesihatan yang boleh mempengaruhi perjalanan ibadah mereka.

Kenapa Saringan Kesihatan Penting?

  • Memastikan kesihatan jemaah
    Saringan kesihatan membantu mengenal pasti tahap kesihatan bakal jemaah bersedia dalam keadaan daya tahan fizikal dan mental yang tinggi.
  • Mengenal pasti penyakit kronik
    Penyakit seperti diabetes, darah tinggi, dan masalah jantung perlu dikesan awal. Dalam masa yang sama pemeriksaan dapat mengesan keadaan penyakit yang perlu rujukan kepada pakar perubatan yang berkenaan.
  • Mencegah penularan penyakit berjangkit
    Saringan kesihatan juga membantu memastikan tiada sebarang penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan kesihatan jemaah lain atau penduduk setempat di Makkah dan Madinah.
  • Mempunyai kesihatan & tahap fizikal yang baik
    Membolehkan jemaah haji dapat melakukan manasik haji dengan sempurna.
  • Memperoleh haji yang mabrur
    Jemaah dapat menjalani ibadah haji dengan lebih selamat, fokus, dan mendapat haji mabrur.

 

Prosedur Saringan Kesihatan

Saringan kesihatan biasanya merangkumi:

  • Pemeriksaan Fizikal: Menilai tahap kesihatan umum, termasuk tekanan darah dan keadaan jantung serta paru-paru.
  • Ujian Makmal: Mengambil sampel darah dan air kencing untuk memeriksa paras gula, kolesterol, serta fungsi organ.
  • Ujian Fizikal: Saringan bagi mengukur tahap kebergantungan pengurusan kehidupan harian diri. Ini penting untuk menentukan bakal haji perlu pengiring atau tidak.
  • Saringan Status Kesihatan Mental dan Ujian Kognitif: Memastikan tahap mental bakal haji di tahap yang memuaskan.
  • Pemeriksaan X-Ray: Untuk memastikan tiada masalah pada paru-paru atau penyakit lain yang boleh memburukkan kesihatan bakal haji.
  • Vaksinasi: Semua bakal haji diwajibkan mendapatkan vaksinasi yang diperlukan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

 

Kesihatan yang baik membolehkan jemaah menunaikan ibadah dengan lebih selesa dan penuh khusyuk. Pastikan anda membuat saringan kesihatan lebih awal dan mengikuti nasihat doktor untuk persediaan yang optimum. Saringan kesihatan untuk bakal jemaah haji boleh dilakukan di pusat kesihatan kerajaan, klinik swasta, atau hospital yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Lembaga Tabung Haji. Anda juga boleh hubungi Klinik Ajwa untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat temujanji bagi saringan kesihatan haji. 

 

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.