Minggu Ke Berapa 5D Scan Cantik?

Dr Nurul Syazida

Klinik Ajwa Seksyen 15

Teknologi 5D scan yang canggih dapat menghasilkan gambar yang lebih realistik dan jelas gambaran janin dalam kandungan termasuk ekspresi wajah. Dengan kelebihan yang ada pada 5D, wajah bayi dapat dilihat dengan lebih detail serta ibu dapat melihat gambaran secara ‘live’ atau lebih hidup. 

Bagi menjawab persoalan ibu-ibu, minggu ke berapa untuk dapatkan penghasilan gambar 5D scan yang cantik? Ia disarankan antara minggu ke-24 hingga minggu ke-28 kehamilan

Kenapa anggaran minggu ini adalah terbaik? 

  • Ukuran bayi yang sesuai
  • Bayi berada dalam saiz yang sesuai dalam anggaran minggu tersebut, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Ini membolehkan gambar wajah bayi, jari-jari, dan ciri-ciri lain lebih jelas. 
  • Kedudukan bayi
  • Dalam tempoh ini, ruang rahim masih luas untuk bayi bergerak. Ini meningkatkan peluang untuk mendapat gambar yang baik. 
  • Keadaan plasenta dan cairan ketuban
  • Pada minggu ke-24 hingga ke-32, cairan ketuban biasanya mencukupi untuk menghasilkan imej yang lebih detail. Selepas tempoh ini, biasanya agak sukar melakukan scan 5D kerana cairan ketuban sedikit kurang berbanding minggu ke-24 hingga ke-32.

 

Walaupun gambar yang dihasilkan lebih cantik dan terperinci, ini tidak bermaksud ibu perlu melakukannya secara rutin dan kerap. Terdapat beberapa faktor juga di mana doktor akan mencadangkan untuk menjalani 5D scan, contohnya:

  1. Kebimbangan mengenai perkembangan bayi.
  2. Kehamilan berisiko tinggi (contohnya diabetes atau hipertensi).
  3. Mengesan kelainan fizikal pada bayi seperti sumbing pada bibir.

 

Selain daripada permintaan ibu, imbasan 5D juga perlu dilakukan atas saranan doktor. Keputusan untuk menjalani 5D scan biasanya dibuat berdasarkan keperluan perubatan, mengikut keadaan kesihatan ibu dan bayi. Jika anda merancang untuk melakukan 5D scan, boleh booking appointment di Klinik Ajwa. Pastikan untuk merancang tarikh yang sesuai dengan usia kehamilan anda untuk hasil yang terbaik.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.