Bila Bayi Mula ‘Kicking’?

Dr Faznita

Klinik Ajwa Seksyen 15

Bagi ibu-ibu pertama kali mengandung mesti tak sabar nak rasa pergerakan tendangan bayi dalam perut atau kicking. Mungkin juga anda tertanya-tanya bila mula rasa pergerakan ini? Pada awalnya, kicking tidak begitu ketara kerana bayi masih kecil dan ruang dalam rahim masih luas. Tetapi lama kelamaan seiring dengan perkembangan kehamilan, pergerakan akan lebih jelas. 

Untuk pertama kali mengandung, kicking kebiasaannya akan berlaku pada minggu ke-18 hingga ke-25 kehamilan

Ibu yang pernah mengandung, kicking akan mula dirasai sekitar minggu ke-16 hingga 20. Ini kerana mereka lebih berpengalaman untuk mengenali pergerakan bayi yang lebih kecil dan lebih halus. 

Kicking menjadi kerap dan ketara pada minggu ke-24 hingga ke-28. Pada peringkat ini, pertumbuhan bayi sudah mula membesar dan ruang dalam rahim semakin sempit. Kicking yang lebih kuat dan kerap juga menunjukkan bahawa bayi sedang berkembang dengan baik. Tetapi intensiti tendangan bayi dan kekerapan berbeza bagi setiap individu (faktor : saiz, kedudukan bayi, serta kesihatan ibu dan bayi). 

Apabila usia kandungan mencecah 28 minggu dan ke atas, ibu akan diminta untuk mengisi carta pergerakan bayi (fetal movement chart) setiap hari. Jika pergerakan bayi kurang dari 10 kali dalam masa 12 jam, atau tiada pergerakan langsung, anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan nasihat perubatan.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.