Apa Perbezaan Detail Scan & Growth Scan ?

Aisyah Zainori

Sonographer Klinik Ajwa

Growth scan atau scan biasa bertujuan untuk memeriksa perkembangan bayi, termasuk ukuran diameter/ukur lilit kepala, lilitan abdomen, dan panjang tulang kaki. Dengan semua ukuran ini, kita dapat menentukan berat bayi. Selain itu, kita juga akan memeriksa jumlah air ketuban, kedudukan uri, dan keadaan pintu serviks. Tujuan kita adalah untuk memastikan tiada sebarang halangan pada pintu serviks, yang penting untuk proses kelahiran yang selamat.

Untuk detail scan, kita akan memulakan dengan scan tumbesaran sama seperti growth scan cuma perlu menambah pemeriksaan yang lebih mendalam, terutamanya pada bahagian otak. Kita ingin memastikan semua ukuran struktur otak bayi berada dalam normal range dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda keabnormalan. Selain itu, kita perlu memastikan struktur jantung adalah normal, tanpa sebarang lubang, ada 4 chamber, dan berfungsi dengan baik. Ini penting untuk memastikan bayi mendapat oksigen dan nutrien yang mencukupi.

Kita juga boleh mengesan sebarang tanda sumbing, serta memastikan lubang hidung dan bibir bayi terbentuk dengan baik. Pada fasa ini, kita akan mengira jumlah jari tangan dan kaki bagi mengesan sebarang keabnormalan. Sekiranya terdapat sebarang ketidaknormalan yang dikesan, kita akan merujuk pesakit kepada doktor pakar untuk tindakan lanjut dan nasihat. Keseluruhan proses ini penting untuk memberikan maklumat yang tepat tentang keadaan kesihatan bayi serta untuk merancang penjagaan yang sesuai.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.