Anak Anda Kekurangan Nutrisi?

Dt Noor Aina

Dietitian Klinik Ajwa

Ketidakseimbangan atau kekurangan nutrient yang diperlukan untuk menyokong fungsi tubuh badan yang sihat.

Kekurangan Nutrien (Undernutrition)

  • Kekurangan Kalori:Pengambilan  tidak mencukupi menyebabkan penurunan berat badan dan kekurangan tenaga.
  • Kekurangan Protein: Boleh menyebabkan masalah seperti kwashiorkor atau marasmus, serta pertumbuhan yang terbantut pada kanak-kanak.
  • Kekurangan Vitamin dan Mineral: Kekurangan vitamin (contohnya vitamin A, D atau C) atau mineral (seperti zat besi, kalsium, atau zink) boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti anemia, riket dan masalah penglihatan.

 

Kesan-Kesan Malnutrisi

Pertumbuhan & Perkembangan

Malnutrisi boleh menghalang pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental kanak-kanak.

Sistem Imun Badan

Kekurangan nutrient boleh melemahkan sistem imun, menjadikan anak-kanak lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Kemampuan Fizikal

Kanak-kanak yang kekurangan nutrisi akan mengalami keletihan, lemah otot dan penurunan keupayaan fungsi harian.

Kualiti Hidup

Malnutrisi boleh mempengaruhi kualiti hidup kanak- kanak secara keseluruhan, termasuk kesejahteraan fizikal dan mental.

 

5 Cara Diet Sihat Untuk Mengelak Malnutrisi

  1. Amalkan suku-suku separuh
  2. Ambil makanan tinggi serat
  3. Elak makanan manis
  4. Utamakan air kosong
  5. Makan secara sederhana

 

 

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.