Bagi ibu hamil, buku pink adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Manakala untuk ibu-ibu yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, pasti tertanya-tanya apa kegunaan buku ini? Buku pink, atau nama rasminya Rekod Kesihatan Ibu, adalah buku yang wajib perlu ada bagi setiap ibu hamil. Ia merupakan dokumen penting untuk menyimpan rekod tahap kesihatan ibu dan anak.
Ini dapat memudahkan pihak hospital mengesan risiko seperti kencing manis, darah tinggi, dan lain-lain penyakit. Contoh situasi, jika ibu hamil memerlukan pengawasan dan pemeriksaan berterusan jadi rekod kesihatan dalam buku ini dapat membantu hospital memantau kesihatan ibu dan bayi.
BILA WAKTU TERBAIK BUKA BUKU PINK?
Selepas kehamilan disahkan, kini adalah masa untuk anda membuka buku pink. Yang paling penting, pastikan usia kehamilan anda berada dalam anggaran 10-12 minggu atau tidak melebihi trimester pertama. Jika anda terlewat, anda mungkin akan dilabel sebagai ‘late booking’, terutamanya jika membuka buku ini di klinik kesihatan. Buku ini boleh sahaja dibuka di klinik kerajaan atau swasta. Ikut kepada keselesaan dan kemudahan ibu kerana ia melibatkan hal kewangan.
KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?
Membuka buku pink adalah penting kerana ia memastikan ibu dan bayi menerima penjagaan kesihatan yang terbaik dan menyeluruh. Berikut adalah beberapa sebab mengapa membuka buku pink adalah langkah yang WAJIB :
1. Pemantauan Kesihatan
Membuka buku pink membolehkan penjaga kesihatan mengakses maklumat penting mengenai kesihatan ibu dan bayi, termasuk sejarah kesihatan, imunisasi, pertumbuhan, dan perkembangan.
2. Perancangan Perawatan
Dengan membuka buku pink, penjaga kesihatan dapat merancang perawatan yang sesuai berdasarkan sejarah kesihatan individu, termasuk menetapkan temu janji perubatan yang diperlukan dan memberikan rawatan yang berkesan.
3. Keselamatan dan Kualiti
Membuka buku pink memastikan setiap rawatan yang diberikan selaras dengan keadaan kesihatan individu, meningkatkan keselamatan dan kualiti penjagaan kesihatan secara keseluruhan.
4. Mengurus Maklumat
Buku pink membantu mengurus maklumat kesihatan secara sistematik, memastikan sejarah kesihatan yang lengkap dan tepat tersedia untuk rujukan masa depan.
5. Kesedaran Diri
Dengan membuka buku pink, individu dapat memantau perkembangan kesihatan mereka sendiri dan memahami keperluan mereka dengan lebih baik, membolehkan mereka mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menjaga kesihatan mereka.
6. Pendekatan Holistik
Buku pink membolehkan penjaga kesihatan mengambil pendekatan holistik terhadap penjagaan, mempertimbangkan semua aspek kesihatan dan keperluan individu.
Secara ringkasnya, maklumat penting seperti tarikh lahir bayi, berat bayi ketika dilahirkan, imunisasi yang telah diberikan kepada bayi, maklumat pemakanan dan perkembangan bayi, serta sebarang catatan kesihatan penting lain berkaitan kehamilan dan kelahiran akan direkodkan dalam buku tersebut. Untuk ibu hamil yang pertama kali, cuma memerlukan 1 buku sahaja tetapi jika sudah tiga kali kehamilan. Maka, anda ada tiga buku pink dalam simpanan.
Kesimpulannya, jangan tangguh untuk membuka buku pink. Kesihatan ibu dan anak dalam kandungan adalah yang paling penting. Pemeriksaan akan lebih teliti jika doktor mendapati kehamilan berisiko tinggi.