2020 & 2021 menyimpan banyak kenangan buat kami di klinik AJwa. Pada awal 2020 Di Saat covid mula mengganas, Salah seorang kakitangan kami, Azira yg kami rindui telah pergi menemui ilahi setelah diuji dgn positive covid tahap 5, lebih kurang sebulan berada di icu. Beliau pergi pada bulan yg baik ketika Rmadhan 2020.
Al Fatihah💐. Allah lebih menyayangimu…
Keadaan kami bertambah berat apabila hampir 20orang Jururawat / Pe Pembantu Perubatan kami kasihi lagi kami ingati telah dipanggil KKM utk tugasan yg lebih penting. Untukmu Malaysia kami sedia berkorban☺️. Maaf kami pinta andainya Banyak hiccup dalam menguruskan rutin seharian kami di klinik.
Alhamdulillah di saat semua sektor perniagaan diuji dgn masalah ekonomi, kami juga tidak kerkecuali, sgt2 terkesan. Ala kulli haal dapat juga klinik Ajwa Bandar Botanik & Ecoworld Puncak Alam membuka pintu. Timing yg tidak sesuai sebenarnya tetapi kerana telah terjerat dgn rancangan namun kami teruskan jua. Alhamdulillah akhirnya…..
So jom support klinik baru kami😊.
Terbaru…Bencana besar yg melanda beber Terbaru…Bencana besar yg melanda beberapa kawasan di Selangor & sekitar Shah Alam menjadi Penutup tirai 2021, beberapa kakitangan kami juga sgt terkesan dgn ujian ini. Habis musnah harta sementara dunia. Namun Percayalah kdg2 Allah mahu beri yg lebih baik, maka dia ambil dulu. Hanya kita lah yg menentukan berada di tahap mana. Jika kita Sabar & syukur dgn ujian, maka tinggilah nilai kita di sisi Allah serta akan ditambah nikmat. Namun sekiranya tidak serta menyalahkan takdir.. Amat berat balasannya..Nauzubillah..
2022 – kami mengharapkan sinar yg gilang gemilang.
Terima kasih kepada semua yg memberi sokongan❤️
Buat semua kakitangan warga Ajwa yg kami Sayangi, Terima kasih atas segala sokongan anda. Terima kasih kerana memahami jatuh bangun serta situasi yg berlaku. Ketahuilah bahwa ada insan lain yg lebih teruk daripada apa yg kita lalui.
Sekian…
#klinikajwa
#pandemic
#banjir2021
Recent Comments